Selasa, 4 Jun 2013

my future plan :D InsyaAllah













Pada umur aku 21, time tu aku dh tamat belajar dlam diploma in business management and insyaAllah klaw ade rezeki aku aku sambung ijazah yang aku inginkan selama nie. Sebelum aku nak sambung ijazah, mesti ade time free and time aku free tu klaw boleh aku nak keja sbb nak cari duit dalam setahun macm tu la. Pada umur aku 23, insyaAllah klaw aku ditawarkan untuk menlanjutkan beljar maybe aku akan pergi dalam tempoh 2 tahun. Selepas habis ijazah, klaw boleh aku nak cari kerja secepat yang mungkin and mahu berbakti kepada ibubapa aku :D. Time tu umur aku dh 24 tahun, dalam tahun jugak aku nk kumpul duit and nk beli rumah, kereta and meminang anak dara orng. Pada umur aku 26 tahun, InsyaAllah aku akan memiliki segala yang aku nak. Selepas tu, aku akan bernikah dengan si dia yang sanggup menuggu aku selama nie. Mak ayah mane nak kasi anak2 diaorg yang dengan seseorang kalaw kepeluan asas pun x boleh kau x boleh nk bagi kat anak dia and sbb tu la aku nak pasang target ang setiap target tu mesti perlu berkorban sebelum mencapainya. This is my future plans :D keluarga yang mcm nie yang aku nak :D

tamat sudah semester and wait to final semester











x sangka, pejam celik and pejam celik dalan dua tahun aku menetap kat alor setar and 4 semester dh habis. Alhamdulillah, segala urusan aku berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Tinggal 1 semester lagi yang perlu aku tamat kan sebelum pratikal. Wah x sabarnya nk tamatkan pergajian nie sebelum aku sambung ijazah. Thanx to mama, ayah and my sister sbb bagi support ketika susah dan senang. Banyak gila kenangan selama 2 tahun ak aku kt alor setar. Pengalaman paling best bila duk 1 umah dengan junior sbab diaorg nie sporting abis and seronok jugak bahan antara 1 sama lain smpai kami rapat mcam adik beradik...syang korang ketat...hehehehe....selepas abis diploma insyaAllah aku akan sambung ijazah dan aku akan berkerja untuk membalas jasa mama dan ayah ku yg telah bersusah payah membesarkan aku smpaila aku berjaya sampai ke hari ini. :D thanx jugak kepada sahabat2 aku, kawan, family dan awek aku sbb bgi support yg x putus2 selama nie and i very proud your support :D

kasih sayang and tarikh lahit mengikut islam :D

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya
dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
———— ——— ——— ——— ——— ——————
Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –
Julai
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja
OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.
OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.
P/s: Sekiranya  setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan.Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka.

Isnin, 3 Jun 2013

Isu kahwin muda???? Ini la jawapannya :D

Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda

    Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnyaperkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sememangnya memenuhi tuntutan agama itu pada usia muda memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya couple yang boleh mengundang maksiat.
Dengan restu dan sokongan ibu bapa, niat baik mereka dipermudahkan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Pelajar terpaksa membuat persiapan saat akhir kerana perlu menduduki peperiksaan dan bersengkang mata membuat kerja sampingan bagi memastikan bajet mencukupi.
Tahun 2012,Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana yang hangat diperkatakan di facebook,twitter,youtube dan blog.
Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana
Masyarakat ada yang sokong dan ada juga yang memberi komen negatif mengenai perkahwinan pasangan muda ini.
Tapi bagi penulis, tahniah kepada pasangan muda ini kerana telah ada hubungan yang sah,dapat menjauhi maksiat dan zina apabila sudah berkahwin.
    “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri.
Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Bila dah kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besar. Kalau lelakidiakena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak.
Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.
Berkahwin Ketika Belajar

Kebaikkan & Kelebihan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda

(dari pandangan penulis)
1) Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah.Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah
2) Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukandosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.
Buang bayi
3) Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina.
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.
4) Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyaisuami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.
5) Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus.
Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah.
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.
kecewa bunuh diri
6) Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.
7) Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemanga
prestasi lebih cemerlang selepas kahwin
    Siti Hajar Aiyshah Yunus, 22, dan suaminya, Muhammad Suffian A. Rahim, 25, yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Graduan Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2010 di sini semalam.
    Mereka mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan Siti Hajar memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.68 manakala suaminya, 3.21.
    Lebih menarik, pasangan itu yang berkahwin pada 2007 ketika di tahun dua, turut dikurniakan dua anak, Aiyshah Humairah, 2, dan Muhammad Amzar Hamizan, empat bulan.
    “Ketika hendak berkahwin, keluarga mulanya membantah tetapi apabila kami beri sebab-sebab yang munasabah, mereka akhirnya bersetuju.
8) Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.
9) Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut.
10) Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.
Semua yang tertulis di atas semuanya dari luahan hati penulis sendri,penulis tahu anda juga mempunyai pendapat anda tersendri.Itu yang penulis nk tahu,penulis harap anda akan berkongsi pendapat anda mengenai topik Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda.
Tapi tak semuanya indah bila berkahwin pada usia muda, macam2 kes juga boleh berlaku antara bercerai pada usia mudah muda2 lagi dah jadi janda/duda.
Ramai pasangan muda yang berkahwin mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan, ini memang kenyataan ramai yang gagal disebabkan faktor kewangan yang tidak tetap.Jadi bila masalah kewangan berlaku keluarga anda juga akan melarang anda untuk berfikir pasal kahwin.
Nasihat penulis sebelum nak jaga anak orang sebelum nk impikan mempunyai keluarga bahagia anda kumpul la duit dulu untuk masa depan anda bersama keluarga anda.Jangan lupa ilmu agama juga sangat penting,jika anda lelaki anda perlu mempunyai ilmu agama yang cukup sebelum berkahwin,sebab bila dah berkahwin anda perlu membimbing isteri anda menjadi isteri yang solehah.
Anda jangan ingat semuanya indah selepas berkahwin pada usia muda, selepas berkahwin terdapat banyak cabaran yang anda dan pasangan anda perlu hadapi, ini yang menjadi perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat.Banyak tanggungjawab yang akan datang,lagi2 lepas anda sudah mendapatcahaya mata.
Masa tu anda perlu bersedia banyak dari segi mental dan fizikal.Anda juga perlu sediakan duit untuk membeli keperluan anak anda, seperti baju,ubat,mainan,susu dan makanan dan banyak lagi.
Mungkin ramai yang berhasrat untuk berkahwin muda, namun ia terhalang oleh batasan adat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk melangsungkan perkahwinan yang disempurnakan dengan adat-adat Melayu.
Wang hantaran, hadiah hantaran, cenderamata untuk tetamu dan belanja kenduri memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
kahwin masa belajar
    Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Setiap orang ade kekurangan dan kelebihan :D













Tajuk kali pasal "setiap orang ade kelebihan dan kekurangan". "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7). Renung2kan kan la ayat tadi sebab Allah telah memberikan kita rasa nikmat untuk kita rasakan dan kita seharusnnya bersyukur kerana kta dilahirkan ke atas dunia ini dengan agama Islam bukannya agama lain. Tetapi zaman sekarang, rmai yang lain atas nama je agama islam tetapi ingkar apabila disuruh melakukan yang wajib. Setiap perbuatan jahatan yang kita buat, maka jahatan la balasannya dan setiap perbuatan baik yang kita buat, maka baik la balasannya. Kita jangan la nak menghina seseorang itu atau mengutuk dia sedangkan kita sendiri belum sempurna. Siapa la kita untuk menghina orang sedangkan and bak kata perpatah "jangan nak jaga tepi kain orang sangat, klaw kain sendiri yang koyang pn x nmpak. Setiap orang ade kelebihan dan kekurangan dan kita sesama islam sepatutnya berdoa antara satu sama lain untuk menjadi umat yang terbaik :D. Assalamualaikum

Manisnya ber'couple' cara Islam..












Assalamualaikum..


Oh, excited nya bila dapat taw Imam Muda Hizbur nak datang Uitm Merbok..dan tajuk perbincangannya pulak menarik! kena benar lah dengan hati remaja..tajuknya "manisnya bercouple dalam Islam"


Tertanya tanya jugak, bolehkah bercouple dalam Islam? ada yang kata boleh, ada kata tak boleh..Imam Muda Hizbur ada jawapannya..


Saya cuma boleh terangkan serba sedikit di sini mengikut kemampuan ingatan saya..Menurut IM Hizbur, couple hukumnya jelas HARAM..tapi, kalau kita bercouple sebentar, hanya untuk mengenal hati budi untuk dijadikan TEMAN HIDUP serta sesuai dengan landasan agama, maka couple dibolehkan..


Jadi, macam mana COUPLE YANG DIBOLEHKAN tu? `begini..bila kita sudah mula menaruh hati pada si dia, maka berdoa pada Allah dengan seringkas-ringkas doa..panjang lebih baik..berdoalah "Ya Allah, andai dia jodohku, maka permudahkanlah.." dan seumpamanya..kita serah kepada Allah..dan boleh sekiranya kita nak couple, tapi dengan landasan syariat yang betul..no touching-touching, rubbing-rubbing, kissing-kissing..rosak anak remaja kita sekarang sebab ni lah..couple bukan sebab nak memperisterikan / mempersuamikan si dia, tapi, nak main-main ja..perempuan pula senang-senag aja ditest..dah macam test driving nak beli kereta baru pulak..Islam itu sendiri memandang mulia golongan wanita..sehingga wanita itu menjadi seorang ibu, isteri..wanita ini mudah! tak perlu susah-susah berjihad untuk masuk syurga..cukup dengan dia taat pada suaminya..


couple? time couple semuanya indah..nanti dah lepas clash? habis dimaki hamun ex kita tu..haa, ni yang kita tak mau! kita nak hubungan kita kekal sampai syurga, insyaallah! amin! kalau nak couple, couple lah! tapi, ingat batas-batasnya..tak perlu telefon bermanja-manja suara, gedik sana, gedik sini..heboh satu dunia tentang pasangan kita..tak perlu! nanti, bila dah kahwin, nak annaunce 1 dunia pasal perkahwinan kita pun, tak pa..tapi, dalam proses perkenalan itu, tak perlulah..


couple sekarang macammana? malam-malam bergayut, bermanja-manja suara, hik3 ( konon ketawa manja)..ingat wahai wanita, bila hati lelaki itu bergetar kerana godaan dari kita, atau nafsunya bergelora, dosa itu akan ditanggung oleh kita..lelaki ini makhluk yang sangat lemah dengan wanita..maka, janganlah jadikan kecantikan kamu wahai wanita, untuk menggoda hati-hati mereka..


apa nak buat bila kita dah berkenan dengan someone? ha..ini menarik! setiap seseorang mesti pernah merasakannya..nak buat macammana ni? kita berdoa, beristikharah, mohon pada Allah..dan jangan lupa mintak pendapat ahli keluarga..sebab apa? restu keluarga itu penting..kalau molek lagi, keluarga kedua-dua pihak saling mengenali..dan tak salah kalau kita update atau amek tahu pasal si dia..bertanya pada kawan, jiran si dia, macammana kelakuan dia..tak salah..silakan! merisik sendiri untuk cari calon pasangan kita kan? dan kalau kita perempuan, tak salah kalau kita menawarkan diri untuk jadi isteri si dia..wah! tindakan drastik ni..seperti mana Siti Khadijah dan Rasulullah..ini sama sekali bukan gedik..malah, ini tindakan mulia..kerana seorang wanita itu telah menyerah diri kepada lelaki soleh!


Erm, petik sedikit cerita peribadi IM Hizbur untuk pengajaran bersama! Masyaallah! indah sungguh kisah cinta IM Hizbur dengan isterinya..kisahnya begini..IM Hizbur dan isterinya itu belajar di ipt di Kedah..kisahnya, IM Hizbur sudah lama berkenan dengan si dia..tapi, hanya Allah dan IM sendiri yang tahu! IM simpan rahsia itu..dalam hatinya "andai ada jodoh aku dengannya, adalaa.." Ditakdirkan IM melanjutkan pelajaran di tempat lain..hatinya bukan main resah mahu meninggalkan si dia ni..rasa sangat resah la, maklumlah cinta dalam hati tidak terluah..maka, bawalah diri belajar di luar negara..3 tahun! di sana, katanya terlalu sibuk belajar dan terlupalah seketika kepada si dia..setelah 3 tahun, IM balik ke tanah air dan hati tertanya-tanya apakah si dia sudah berpunya..nak tanya orang, nama si dia pun tidak tahu..susah jugaklah! dan terus dibiarkan saja..sambung lagi belajar..balik ke kedah, masih mencari kelibat si dia..ketika itu, nama dah taw la..ditakdirkan! IM keluar dari masjid sama time dengan si dia keluar masjid! maka, terpandang antara satu sama lain..dalam hati IM berbisik 'Ya Allah, ini jodohku!" sekian! bernikahlah mereka..semoga bahagia hingga ke syurga, amin!


ya, nak cerita sikit berkenaan istikharah! solat istikharah! bagaimana Allah beri petunuk pada kita? kadang-kadang melalui mimpi, ataupun melalui cara Allah permudahkan urusan jodoh kita dan si dia..dan mimpi-mimpi dari Allah ini selalunya pada sepertiga malam, dalam pukul 3-4 begitu! tapi, tidak semestinya..bergantung juga pada permulaan kita..kalau baik seperti solat 5 waktu, tidur berwudu, beristikharah, berdoa, elok tertib semua, insyaallah, Allah bagi petunjuk, tapi kalau solat pun tinggal, dan malam tu mimpi kan lelaki atau perempuan, itu mainan syaitan..dan jangan pernah berputus asa..buatlah istikharah 7 malam berturut-turut umpamanya..


jadi, sebagai kesimpulan, jodoh itu di tangan Allah! percaya padaNya..sebelum nak bercinta, cintai Allah dan RasulNya dulu..dan wanita yang baik, untuk lelaki yang baik,. insyaallah! COUPLE DIBOLEHKAN IN TERM OF MENCARI PASANGAN DENGAN ADAT ISLAM..sesungguhnya, dalam sebuah perkahwinan itu, yang dicari adalah redha Illahi! dan ingat lah, kata Rasulullah, bila berkahwin seseorang itu, maka sudah sempurna separuh dari imannya..maka, berkahwinlah! tapi, sebelum kahwin kena cari pasangan dulu..macammana nak cari? cari yang baik agama, keturunan, akhlaknya..bukan cuma memenuhi tuntutan nafsu semata..


Wallahu alam..


ps : IM Hizbur terbaek! perbincangan yang menarik dan menghiburkan dengan lawak-lawak spontan beliau..

blog is the best :D













"blog is the best"...mesti orang yang membaca akan tertanya kenapa aku cakap mcm tu. The reason sebab aku cakap macm tu ialah blog adalah tempat kita untuk memluahkan perasaan ang berkongsi cerita tentang apa yang berlaku hari ini. Kebanyakkan orang mengunnakan blong sebangai langkah untk berkongsi maklum seperti cara untuk memasak, cara untuk melayan suami dan lain-lain. but the same time, ade jugak menggunakan blog sebagai tempat berkongsi emosi diaorng. Sumber inspirasi untuk aku menjadi blogger ialah Hanis zulaikha yang terlah menjadi perlakon....bukan aku wt blog nie untuk jadi artis but aku just nk share information and berkongsi perasaan aku dengan korang yg membaca blog nie...thanx kepada korang yang sudi membaca blog nie walau pun ia x menarik....maklum la orang baru nk belajar, klaw ade salah dang silap ke terkasar bahasa ke...korang tegur sbb aku nie jenis yg boleh terima pendapat orng and open minder la senang citer...hehehe...Assalamualaikum dan Salam perkenalan ye :D